Latihan berterusan perlu bagi tingkatkan kecekapan anggota RELA – Saifuddin

Oleh: Sholina Osman
11 MAC 2025

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menekankan akan kepentingan latihan yang berterusan bagi meningkatkan kecekapan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Beliau berkata, anggota berkenaan juga perlu mahir dalam aplikasi penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk memperkasakan operasi dan sistem penyampaian perkhidmatan.

“Bagi menghadapi cabaran semasa serta hala tuju (way forward) RELA perlu memperkukuhkan peranannya sebagai benteng keselamatan masyarakat,” katanya menerusi perkongsian di FB.

Terdahulu Saifuddin menghadiri mesyuarat penyelarasan bersama pengurusan tertinggi RELA.

DENGAN LEBIH CEKAP

Jelas Saifuddin, beliau akan memastikan setiap jabatan dan agensi di bawah seliaannya boleh beroperasi dengan lebih cekap dan berkesan.

Saifuddin menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh pengurusan tertinggi RELA atas kesediaan berkongsi pandangan serta usaha berterusan dalam memperkukuhkan pasukan ini.

Beliau yakin dengan semangat yang ada, RELA akan terus menjadi tunjang dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *