Bubur lambuk Istana Johor resepi istimewa Agong

Petikan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
11 MAC 2025

Bubur Lambuk Istana Johor yang mula diedarkan sejak Ramadan 2020 merupakan resipi istimewa diolah sendiri Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Hamdan Dollah, Ketua Chef Istana Johor, berkata Seri Paduka Baginda yang mahir dalam bidang masakan memilih sendiri setiap bahan yang digunakan bagi memastikan kualiti dan kesegaran terjamin.

“Penggunaan rempah ratus berkualiti tinggi juga menjadi keutamaan dalam penyediaan bubur lambuk ini bagi menghasilkan rasa yang enak dan istimewa,” katanya.

ENAK UNTUK DINIKMATI

Hamdan turut menjelaskan bahawa pemilihan bahan-bahan yang tepat membolehkan bubur lambuk ini kekal enak untuk dinikmati sehingga keesokan harinya.

Pada 7 Mac lalu, sebanyak 1,000 paket bubur lambuk diserahkan kepada daerah Kota Tinggi, manakala semalam (10 Mac), 1,000 paket diagihkan ke Pontian melalui wakil Pejabat Daerah sebelum diedarkan kepada masyarakat di setiap mukim. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *