Thaipusam : Tambang percuma untuk penumpang
Komuter Lembah Klang, 500 ribu pengguna dapat manfaat

(5 Feb 2025)

KUALA LUMPUR :
Sambutan Thaipusam tahun ini pasti lebih meriah kerana Keretapi Tanah Melayu (KTMB) menyediakan perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang secara percuma kepada penggunaan.

Kementerian Pengangkutan dengan KTM Komuter Lembah Klang memberi perkhidmatan percuma itu bermula pada 10 dan 11 Februari ini sempena perayaan Thaipusam.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata inisiatif itu bertujuan memudahkan pergerakan pengguna, menggalakkan penggunaan pengangkutan awam serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Tambah Loke ia juga menjadikan sambutan Thaipusam lebih bermakna terutama kepada penganut agama Hindu yang akan berkunjung ke Batu Caves bagi menunaikan upacara keagamaan.

“Perkhidmatan percuma ini akan berlangsung dari pukul 12.00 tengah malam hingga 11.59 malam. Pengguna boleh keluar melalui pintu automatik (ACG) dengan imbasan tiket,” katanya pada sidang media di Stesen KTMB Batu Caves semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Datuk Azlan Shah Al-Bakri, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Ranu Hisham Samsudin dan Pemangku CEO Rapid Bas Ku Jamil Zakaria.

Beliau menjelaskan semua transaksi pembayaran telah beralih sepenuhnya kepada sistem tanpa tunai melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS), Kad Komuter Link, Kad Touch ‘n Go, kad debit atau kredit daripada bank tempatan, serta tiket QR fizikal yang boleh diperoleh di kaunter tiket percuma bagi tempoh 10 hingga 11 Februari.

Menurutnya, seramai 500,000 pengguna dijangka memanfaatkan perkhidmatan itu dengan peningkatan 10 peratus berbanding tahun lepas.
“Dengan kemuncak perjalanan dijangka pada 11 Februari, sempena Hari Thaipusam dan pemberian tambang percuma,” katanya.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *