PMX Menjunjung Kasih kepada Yang di-Pertuan Agong -berkenan berangkat rasmikan istiadat pembukaan Parlimen ke 15

(Petikan Bahan/Foto FB Anwar Ibrahim)

3 Feb 2025

Menjunjung kasih atas kesudian KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang mencemar duli menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 (2025) hari ini.

Titah Tuanku jelas menzahirkan keprihatinan terhadap usaha memastikan pentadbiran Kerajaan berjalan lancar dan terus membawa masuk pelbagai peluang pelaburan agar kemajuan ekonomi negara dapat dinikmati dan dimanfaatkan rakyat jelata.

JENTERA KERAJAAN MADANI

Patik dan seluruh jentera Kerajaan MADANI akan memastikan kek ekonomi ini digunakan untuk pembangunan negara meliputi segenap lapisan masyarakat termasuk pekebun kecil, petani, nelayan dan pemain industri pertanian serta rantaian bekalan makanan negara.

Tuanku dalam titah turut menyentuh kepentingan menggunapakai teknologi tinggi dan terkini dari aspek digitalisasi dan keselamatan siber, justeru patik percaya, ini akan membawa kepada revolusi sistem penyampaian dan perkhidmatan kerajaan yang lebih baik apabila selesai dinaiktaraf sepenuhnya.

Memanjatkan doa dan harapan semoga bumi bertuah Malaysia ini kekal aman makmur dan berdaya saing berpanjangan di bawah pemerintahan Tuanku.

Dirgahayu Tuanku.

PETIKAN FB ANWAR IBRAHIM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *