Kerajaan komited tambah baik operasi kawalan di kawasan sempadan – Saifuddin

Oleh: Sholina Osman
2 FEB. 2025

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus komited untuk terus menambah baik operasi kawalan melibatkan kawasan sempadan.

Justeru itu, Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Kerajaan Madani akan memastikan kelancaran pergerakan di pintu sempadan tanpa berkompromi dengan aspek keselamatan negara.

Saifuddin telah mengadakan lawatan mengejut dan meninjau sendiri keadaan aliran keluar masuk di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar, Perlis, semalam.

MENGADAKAN LAWATAN MENGEJUT

Menerusi perkongsian di FB, kata Saifuddin, usai program di Alor Setar, beliau terus ke ICQS Padang Besar untuk mengadakan lawatan mengejut dan meninjau di pintu sempadan.

“Saya ingin melihat sendiri keadaan di lapangan serta meneliti keberkesanan sistem yang sedang digunakan,” katanya.

Baru-baru ini, katanya beliau telah menerima beberapa aduan serta rungutan berkaitan isu kesesakan di sini. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *