Hampir 10,000 orang sertai Larian Hari Wilayah Persekutuan 2025

Oleh: Sholina Osman
2 FEB. 2025

Hampir 10,000 orang menyertai Larian Hari Wilayah Persekutuan 2025 di Jambatan Putra, Putrajaya, malam tadi.

Menteri Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa telah menyempurnakan flag off Larian Hari Wilayah Persekutuan ini.

“Larian Hari Wilayah Persekutuan ni adalah kali pertama kita laksanakan dan kita terima hampir 10,000 penyertaan,” katanya menerusi hantaran di FB.

Dr Zaliha berkata, larian ini sangat bertepatan dengan visi Bandar CHASE, melalui Healthy City, yang selalu beliau sebut sebelum ini.

JUGA SIMBOL KESATUAN

Beliau berkata, program seperti ini bukan sahaja hanya sekadar larian, tetapi juga simbol kesatuan, kecergasan dan semangat kebersamaan komuniti kita.

“Tahniah kepada semua finisher dan peserta! Nanti akan ada di Labuan pada 9 Februari dan Kuala Lumpur pada 16 Februari,” katanya.

Sementara itu, Dr Zaliha juga menyempurnakan flag off program Bersih-KAL dan Kempen Sifar Sisa di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur selepas solat Subuh.

Ini seiringan dengan apa yang selalu beliau tekankan kepentingan kebersihan sebagai aspek utama selaras dengan visi Bandar CHASE, di mana salah satu komponennya adalah Clean City atau Bandar Bersih, sebagai elemen tunjang kepada bandar yang mampan dan berdaya huni.

BERSIH SETIAP TEMPAT

“Bersih-KAL yang saya laksanakan flag off nya ini adalah salah satu program sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 yang merupakan perpanjangan kepada program Bersih Setiap Tempat (BeST) yang telah saya luncurkan baru-baru ini,” katanya.

Program seperti ini juga adalah manifestasi kepada nilai MADANI yang acap kali ditekankan oleh Perdana Menteri, di mana sesebuah bandar tidak boleh hanya fokus kepada pembangunan fizikal seperti pencakar langit yang tinggi sahaja, tetapi perlu juga memberi penekanan kepada aspek islah kepada ketamadunan rakyat nya, termasuklah dalam aspek kebersihan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *