

Oleh: Sholina Osman
1 FEB. 2025
Selamat menyambut ulang tahun buat seluruh warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan demikian menerusi hantaran di FB.
“Ruh ihsan yang senantiasa menekankan kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan bersama-sama,” kata Perdana Menteri.
DALAM MENGEJAR ARUS
Jelas beliau, dalam mengejar arus pembangunan, keharmonian dan perpaduan perlu diutamakan dan tidak dilupakan bagi membentuk kestabilan pentadbiran negara.
“Ini selaras dengan konsep Madani yang menuntut kita semua untuk mengenggam erat tali permuafakatan dalam menjayakan agenda pembangunan dan kemajuan negara, baik untuk hari ini dan juga hari mendatang,” kata beliau.
Perdana Menteri berharap moga kesatuan dan kebersamaan yang ada ini terus berkekalan dengan hendak-Nya. – JM