


Oleh Noraini Nordin
(Ulasan berita)
2 Februari 2025
Bulan Februari 2025 ini boleh dikata bulan yang mengembirakan bagi sejumlah rakyat Malaysia kerana pelbagai bantuan akan disalurkan kepada golongan sasaran bagi meringankan kos sara hidup mereka.
Daripada segi perayaan, di bulan Februari ini terdapat dua perayaan utama melibatkan kaum Cina dan India iaitu Tahun Baru Cina serta Thaipusam.
Meskipun kedua-dua perayaan adalah untuk kaum Cina dan India, tetapi sudah menjadi kebiasaan di negara kita perayaan sebegitu turut disambut oleh pelbagai kaum dengan mereka juga sama-sama meraikannya.
Di waktu yang sama, cuti panjang di kedua-dua perayaan tersebut membolehkan kebanyakan orang memanfaatkannya untuk balik kampung atau bercuti di tempat-tempat percutian pilihan masing-masing.
Selain itu, bermula 1 Februari, perlaksanaan gaji minima RM1,700 sebagaimana diumumkan kerajaan pada Belanjawan 2025 lalu akan mula berkuatkuasa.
Pelaksanaan kadar baru gaji minima ini dijangka melibatkan sejumlah 4.37 juta pekerja.
Ertinya mulai Februari ini kaum pekerja akan menikmati gaji berjumlah RM1,700 sebulan berbanding jumlah yang lebih rendah yang mereka nikmati sebelum ini.
BAP CERIAKAN PELAJAR
Bagi pelajar-pelajar sekolah, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 juga akan diterima pada bulan ini.
Semua pelajar sekolah, termasuk pelajar Tingkatan 6 yang jumlah keseluruhannya lebih 5.2 juta orang akan menerima bantuan tersebut.
Pasti semua murid yang menerima bantuan tersenyum gembira kerana Kerajaan Madani amat perihatin terhadap kebajikan mereka.
BAP ini bukan saja untuk membantu pelajar-pelajar sekolah membeli peralatan dan kemudahan pembelajaran, ia sekaligus juga dapat meringankan beban ibu bapa, terutama yang mempunyai ramai anak yang masih bersekolah.
Pada bulan Februari 2025 juga adalah bulan bermulanya semakan bantuan tambahah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dilakukan.
Mereka yang layak kini boleh mula membuat semakan untuk mengetahui jumlah bantuan yang layak mereka terima.
Di samping itu, bantuan kewangan untuk penjawat awam dan pesara juga mula disalurkan pada bulan Februari ini.
Bantuan tersebut ialah RM500 untuk penjawat awam dan RM250 bagi pesara.
Kepada semua yang terbabit, bergembiralah dengan penuh kesyukuran di bulan Februari ini atas nikmat yang diterima.
Terima kasih Kerajaan Madani dan PMX.
————————————————————————
Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat