PMX umum peruntukan RM25 juta baiki segera kerosakan infrastrukur di Sabah, Sarawak

Oleh: Sholina Osman
1 FEB. 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan kira-kira RM25 juta untuk memperbaiki segera infrastruktur yang rosak dan musnah akibat banjir, tanah runtuh dan kebakaran di Sabah dan Sarawak.

Pengumuman itu dibuat ketika berucap sewaktu Majlis Kenduri Rakyat di Ipoh.

“Peruntukan ini juga merangkumi bantuan segera berjumlah RM1,000 kepada semua keluarga yang terkesan dengan bencana- bencana ini,” katanya menerusi hantaran di FB.

Perdana Menteri mengajak rakyat bersama berdoa keselamatan dan perlindungan buat saudara-saudara di Sabah dan Sarawak.

Beliau turut memanjatkan doa semoga Allah segera mengangkat bencana ini dari bumi Borneo. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *