Kerjasama Malaysia, Jepun cepatkan pemulihan pembangunan Gaza usaha terpuji – Nik Muhammad Luqman

Oleh:- Noraini Nordin

29 Jan 2025

Anak muda menyambut baik inisiatif Kerajaan Madani yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datok Seri Anwar Ibrahim dalam mempercepatkan program pemulihan Gaza dan Palestin.

Kerjasama Malaysia dan Jepun dalam usaha segera pemulihan Gaza wajar disokong oleh seluruh warga dunia yang cintakan kedamaian tanpa mengira bangsa, agama serta warna kulit.

Ahli Parlimen Malaysia Sidang 2023/2024 Nik Muhamad Luqman Al Hakim Mohd Roslan berkata,
langkah tersebut bukan sahaja membuktikan komitmen Malaysia dalam membela hak rakyat Palestin, tetapi juga menegaskan prinsip solidariti dan kesatuan umat Islam sedunia dalam menghadapi kezaliman dan ketidakadilan.

Usaha Malaysia dan Jepun wajar disokong – Nik Muhamad Luqman

Beliau yang juga Pengerusi Dewan Kepimpinan Belia Kelantan berkata, kejayaan rundingan gencatan senjata yang dimeterai telah membuka ruang untuk Malaysia melancarkan dana pembangunan semula Gaza, dan tindakan Malaysia bersama Jepun dalam membangunkan sekolah, rumah sakit, serta masjid adalah satu manifestasi nyata bahawa perjuangan membela Palestin bukan sekadar laungan semata-mata, tetapi diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang memberi manfaat jangka panjang.

” Ini juga menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam, dan usaha ini mampu menjadi contoh kepada dunia—termasuk kepada non-Muslim—tentang bagaimana Islam menitikberatkan keadilan, kemanusiaan, dan kesejahteraan sejagat.

” Saya juga ingin memuji tindakan Datok Seri Anwar Ibrahim yang konsisten dalam memperjuangkan isu Palestin di peringkat antarabangsa, ” katanya kepada Portal Jendela Madani.

KEBERANIAN PMX SUARAKAN PENDIRIAN

Menurut beliau lagi , keberanian PMX dalam menyuarakan pendirian Malaysia, serta inisiatif yang diambil melalui diplomasi dan bantuan kemanusiaan, menunjukkan bahawa Malaysia bukan hanya pemerhati dalam isu ini, tetapi merupakan antara negara yang aktif dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin.

” Semoga usaha tersebut dipermudahkan. Semoga Allah melindungi rakyat Palestin serta menegakkan keadilan buat mereka.

” Dewan Belia Kelantan terus menyokong usaha ini dan memainkan peranan dalam memperkukuhkan kesedaran serta solidariti ummah dalam mempertahankan hak saudara kita di Gaza ” katanya yang juga Ahli Parlimen Belia Kelantan Sidang 2023/2024.
Nik Muhammad Luqman juga adalah
Pengarah Dewan Kepimpinan Belia Kelantan dan
Timbalan Presiden Pertubuhan Sahabat Perpaduan Malaysiaku

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *