Chatbot Sebenarnya.my : BANTU BENDUNG BERITA FITNAH YANG MERACUNI MASYARAKAT

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil melancarkan Chatbot Sebenar.my di Putrajaya semalam

Oleh Noraini Nordin
(Ulasan berita)
29 Jan 2025

Orang ramai menyambut baik dan menyifatkan pelancaran Chatbot Sebenarnya.my oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di Putrajaya semalam boleh membantu membendung berita-berita fitnah yang meracuni masyarakat negara ini.

Ini kerana fungsi Chatbot Sebenarnya.my bertujuan untuk memerangi maklumat palsu dan membolehkan pengguna menyemak berita yang tidak ditentusahkan dalam talian secara lebih mudah serta pantas.

Chatbot Sebenarnya.my atau dikenali sebagai Artificial Intelligence Fac-check Assitant (AIFA) yang diterajui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu merupakan platform mesra pengguna dan boleh diakses 24 jam menerusi portal https://sebenarnya.my/ dan platfrom WhatsAPP (menerusi talian 03-86887997) yang dibangunkan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Tahniah Kerajaan Madani – Mohd Faizal
AIFA amat diperlukan – Muhamad Asraf Dainal
Generasi muda tolak berita palsu – Akmal Safar
AIFA perlu diperluaskan lagi – Aizat Fitri

Paling utama Chatbot akan berfungsi sebagai penambahbaikan kepada portal Sebenarnya.my yang dikendalikan oleh MCMC yang berperanan sebagai sebuah pusat sehenti bagi orang ramai menyemak dan menyalurkan berita yang tidak ditentukan kesahihannya, yang diterima secara dalam talian melalui platform, media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang dan lain-lain dalam bentuk teks.

Chatbot di saluran WhatsApp itu nanti akan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memastikan sebarang video atau grafik yang dihantar melalui media sosial itu benar atau palsu.

BANTU CELIKAN MASYARAKAT

Seorang pengguna media sosial yang aktif Mohd Faizal Nordin, 50 tahun, melahirkan rasa syukur kerana dengan penggunaan AIFA berita-berita palsu yang meracuni pemikiran masyarakat dapat dibendung dengan lebih berkesan.

“Alhamdulillah . Sudah ada satu lagi kaedah untuk kami menyemak berita-berita fitnah serta tidak tentu kesahihannya.
Ia dapat membantu kami membuat penerangan kepada keluarga atau orang keliling yang kerap dikelirukan dengan pelbagai berita yang tidak benar.

“ Tahniah kepada Kerajaan Madani yang mengambil langkah bijak membantu mencelikkan masyarakat dengan kemudahan ini.’’ kata beliau yang kini bertugas sebagai seorang guru di Johor Bahru .

Pengerusi Pertubuhan Pelajar Pengajian Tinggi dan Alumni Negeri Sembilan (PEWARIS) Muhamad Asyraf Danial Jefri pula menyifatkan kewujudkan AIFA tepat pada masanya di saat rakyat amat memerlukan untuk membuat semakan berita-berita terkini serta isu-isu semasa .

“Setiap hari pelbagai berita disajikan dalam semua talian. Berita-berita yang bercampur baur yang lebih sukar untuk dipastikan kebenarannya.
Sebagai anak muda saya sentiasa mencari berita-berita yang sahih dan faktanya tidak diputarbelitkan.
Dengan adanya AIFA maklumat yang dicari akan dapat disahkan oleh pihak berwajib dan impak buruk berita palsu dapat dicegah,’’ katanya yang juga Ahli Parlimen Belia Negeri Sembilan.

MAKLUMAT LEBIH TEPAT

Bagi Pelajar Malaysian Allied Helth Scences Academy (MASHA UNIVERSITY) Akmal Safar Mohd Faizal , AIFA amat bermanfaat untuk memperkasakan masyarakat bagi mendapat maklumat sahih terhadap apa juga isu-isu semasa terutama berkaitan Kerajaan Madani.

“Anak muda seperti seperti saya perlukan maklumat sahih. Sebagai generasi muda kami menolak berita-berita palsu yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Langkah yang diambil oleh Kerajaan Madani dalam usaha menyalurkan maklumat tepat melalui AIFA amat dihargai serta bersesuaian dengan zaman ini,’’ katanya.

Pendapat yang sama juga dikongsi oleh seorang pelajar dari Kolej Kemahiran MARA , Aizat Fitri Mohd Faizal yang turut menyambut baik Chatbot Sebenarnya.my yang dibangunkan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI)

“Saya amat gembira dengan pelancaran AIFA ini. Ia cara mudah untuk rakyat khasnya pelajar kolej seperti saya untuk mencari info-info yang berfakta serta sahih dengan cara lebih pantas serta diyakini. Semoga penggunaan AIFA ini akan diperluaskan lagi dan dipertingkatkan untuk kepentingan negara .’’ Ujarnya Aizat yang sedang menghabiskan cuti penggal bersama keluarga.

OBJEKTIF UTAMA

Menyusuri ucapan Fahmi sewaktu berucap dalam majlis pelancaran Chatbot Sebenar.my semalam, beliau menjelaskan, AIFA berperanan meningkatkan fungsi portal Sebenarnya.my dengan tiga objektif utama.

Ujar Fahmi lagi, ia membantu rakyat menyemak dan mendapatkan maklumat sahih dengan mudah, mempercepatkan maklum balas terhadap maklumat tidak sahih dalam talian dan memperkukuhkan peranan Sebenarnya.my dalam menangani penyebaran maklumat palsu di negara ini.

Jelas beliau lagi, AIFA turut menggunakan algoritma pembelajaran mesin untuk memadankan maklumat dengan sumber boleh dipercayai, seterusnya menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih secara pantas kepada pengguna.

Katanya, tersedia dalam empat bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Mandrin dan Tamil untuk memastikan akses kepada kumpulan pengguna.

Menurut Fahmi lagi, bagaimanapun ketika ini AIFA hanya menerima input dalam format teks dan ia akan diperluaskan untuk menerima input dalam format lain, seperti video atau grafik pada masa depan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *