PMX bertemu dengan Lindsay Hoyle

Oleh: Sholina Osman
17 JAN. 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua House of Commons, Parlimen UK l, Lindsay Hoyle.

Sekalipun kata Anwar jadualnya padat semasa lawatan kerja selama lima hari ke United Kingdom (UK) itu masih sempat diisi bagi pertemuan ini.

PERANAN INSTITUSI PARLIMEN

Beliau menggunakan peluang ini untuk bertukar pandangan mengenai peranan institusi Parlimen masing-masing dalam mencorakkan hala tuju dan pentadbiran sesebuah negara

“Saya turut berkongsi peranan dimainkan Kerajaan dan prakarsa yang telah serta sedang dijalankan bagi memperkukuh demokrasi berperlembagaan di Malaysia,” katanya pada hantaran di FBnya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *