PMX bertemu rakan sejawat, Keir Starmer

Oleh: Sholina Osman
16 JAN. 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja di London, United Kingdom (UK) dengan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawat, Keir Starmer.

Pada pertemuan ini, Anwar juga menyatakan penghargaan atas jemputan ke sini dalam memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara yang mencakupi pelbagai bidang.

SENADA DAN SEPAKAT

“Kami senada dan sepakat untuk meningkatkan kerjasama strategik lebih erat dan rapat dalam bidang pendidikan, ekonomi, pertahanan, tenaga, dan kecerdasan buatan dan turut membincangkan penyelesaian isu Gaza,” katanya menerusi hantaran di FB.

Beliau berkata, hal-hal yang dibincangkan ini akan seterusnya dibawa ke peringkat menteri masing-masing bagi tujuan pelaksanaan yang lebih teratur dan tersusun.

“Memandangkan ini adalah lawatan ke negara Eropah pertama selaku Pengerusi ASEAN, saya menggunakan kesempatan yang ada bagi menyatakan kesediaan Malaysia untuk menerima lebih ramai pelabur sekaligus membentuk sinergi ekonomi baharu,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *