Kerajaan MADANI salur SARA kepada 700,000 penerima miskin, miskin tegar, esok

Oleh: Sholina Osman
14 JAN. 2025

Kerajaan MADANI akan mula menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM2,100 setahun kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar menerusi MyKad bermula esok (15 Januari 2025).

“Alhamdulillah, pertambahan hasil negara kesan reformasi kewangan dan kerja keras Kerajaan memungkinkan kadar bantuan SARA ditingkatkan daripada RM RM1,200 sebulan pada tahun lalu kepada RM2,100 tahun ini,” kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menerusi perkongsian dalam FBnya.

PENAMBAHBAIKAN KEPADA SARA

Beliau berkata, penambahbaikan kepada SARA ini adalah sebahagian daripada peningkatan peruntukan Belanjawan 2025 bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA ke tahap tertinggi dalam sejarah, iaitu RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lalu.

“Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus bekerja keras bagi membolehkan lebih banyak hasil negara dikongsikan kepada mereka yang memerlukan, selaras nilai ihsan dan kemanusiaan yang menjadi teras dalam MADANI,” jelas Anwar lagi. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *