PM terima kunjung hormat Pengerusi Eksekutif Biocon Biologics

Oleh: Sholina Osman
7 JAN. 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Eksekutif Biocon Biologics Puan Kiran Mazumdar Shaw dan delegasi, petang ini.

Menerusi perkongsian di FB miliknya, Biocon Biologics ialah syarikat global dengan keupayaan dalam pembangunan, pengilangan dan pengkomersilan biosimilar berkualiti tinggi.

Kewujudan syarikat ini di Malaysia telah melibatkan pelaburan berjumlah USD350 juta dan menyumbang kepada nilai eksport negara sebanyak USD560 juta.

“Kami bertukar pandangan terkait prakarsa dalam memajukan keupayaan bioteknologi tempatan yang turut melibatkan kepentingan pelabur-pelabur asing dalam melaksanakan peralihan teknologi dan peningkatan program latihan kepada bakat-bakat tempatan,” kata Anwar.

Dalam konteks ini, Biocon Biologics menyampaikan komitmen mereka untuk melaksanakan pengembangan perniagaan di Malaysia.

Dasar Kerajaan yang mesra pelabur serta petunjuk-petunjuk ekonomi negara yang positif telah mendorong keyakinan pelabur-pelabur kepada Malaysia hatta ini diselaras dengan matlamat jangka panjang terutamanya dalam kualiti pekerjaan dan produk negara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *