Iltizam Kerajaan MADANI menggandakan usaha reformasi dalam pentadbiran Kerajaan

Oleh: Sholina Osman
5 JAN. 2025

Sepanjang 2024, pelbagai inisiatif reformasi dalam pentadbiran Kerajaan telah dimulakan, termasuk pembentukan Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) serta reformasi dalam agenda membanteras rasuah, institusi dan perundangan, Parlimen, perkhidmatan awam, dan reformasi fiskal.

Iltizam Kerajaan MADANI adalah menggandakan usaha ini untuk tahun-tahun mendatang, antaranya dengan penekanan penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan sistem digital untuk meniup nafas baharu dalam perkhidmatan awam.

“Insya-Allah, kita akan bersama-sama membina Malaysia yang lebih maju, terangkum dan berintegriti, serta diangkat darjat dan martabat di mata dunia,” kata Anwar yang dipetik dari FB miliknya.

Sementara itu salah satu komen netizen Azmi Ahmad, “
Tahniah dan syabas DS Anwar Ibrahim PMX kita yg telah banyak bawa perubahan pd negara.. Alhamdulillah sekarang ini banyak bantuan dan peruntukan telah diberi pd rakyat.. contohnya tambahan bayaran STR.. kenaikan gaji penjawat awam.. kenaikan harga getah dan kelapa sawit.. serba sedikit memberi kelegaan pada pekebun2 kecil negara..moga tahun 2025 lebih banyak lagi kecemerlangan dan kemajuan pd negara dapat dikecapi dibawah pentadbiran DS..,”.

Shahril Mohd Ramli memberi komen “Alhamdulillah. Semoga YAB DSAI dan Kerajaan Perpaduan dapat memacu negara ke arah lebih baik utk tahun 2025.”

Komen Hj Mohamad Salleh pula “Semoga mendapat redo dan keampunan sentiasa dalam rahmat dan pimpinan Allah Malaysia terus maju dan selamat dibawah Pemerintahan kerajaan Madani.”

“Pembangunan Malaysia MADANI adalah matlamat yang sangat luar biasa!” komen Qareesya Qayrea. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *