Pemimpin politik sengaja cetus polemik terhadap konsep Madani dikesali – Mohd Na’im

Oleh: Sholina Osman
2 JAN. 2025

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar melahirkan rasa amat kesal dengan sikap sesetengah pemimpin politik yang sengaja mencetuskan polemik terhadap konsep dan pendekatan Madani yang menjadi gagasan negara hari ini.

Beliau berkata, tindakan melabelkan pendekatan Madani sebagai Madani Jahiliah dan seumpamanya adalah amat keterlaluan dan mendukacitakan.

“Hakikatnya, konsep Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah satu gagasan murni untuk
mengangkat semula martabat negara,” katanya dalam kenyataan media.

Mohd Na’im berkata, konsep Madani telah diterima secara menyeluruh oleh sarjana Islam sebagai bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. ⁠

PENDEKATAN PEMBANGUNAN NEGARA

Beliau berkata, konsep Madani juga menekankan pendekatan pembangunan negara yang bersifat syumul, holistik dan komprehensif dari aspek rohani dan jasmani.

Justeru itu, katanya, umat Islam perlu berwaspada dengan usaha mana-mana pihak yang sengaja menimbulkan polemik pemikiran keagamaan bagi meraih
kepentingan tertentu.

“Sempena lembaran baharu tahun 2025, Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama) menyeru semua pihak agar memperkukuh
perpaduan untuk membangunkan negara demi kepentingan rakyat,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *