Oleh: Sholina Osman
Foto Ihsan YTSP Perlis.
28 DIS. 2024
Chuping Agro Valley (CAV) di Chuping, Perlis akan dibangunkan dengan keluasan 4,499 hektar dalam tempoh lima tahun dengan majoriti pembangunan fizikal dalam tempoh dua tahun pertama.
Projek CAV ini akan berfokuskan sebagai hub pertanian mampan di samping meningkatkan taraf hidup komuniti setempat serta memastikan keterjaminan makanan.
CAV Aini terbahagi kepada dua zon iaitu zon pertama, Ternakan Lembu Tenusu Bersepadu yang melibatkan ‘Green Corn Fodder Plantation’, ‘Dairy Cattle Barn & Milking Parlour’, ‘Fresh Milik Production Factory’ dan ‘Oil Palm Plantation’ dengan keluasan 3,258 hektar.
TANAMAN BERNILAI TINGGI
Bagi zon kedua pula merangkumi Tanaman Bernilai TInggi Bersepadu seluas 1,240 hektar yang melibatkan ‘Corn Seeds Garden’, ‘MD2 Pineapple Plantation’, ‘Harumanis Mango Plantation’, ‘Collection, Processing & Packaging Centre’, ‘Workers & Staff Quarters’, ‘Oil Palm Plantation’ dan ‘Tube Well Area’.
Para pelabur diundang untuk menjadikan Perlis sebagai salah satu destinasi pelaburan pilihan baharu untuk memperluaskan lagi pengeluaran dan pemasaran produk masing-masing.
Demikian menurut kenyataan media Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dititahkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan melancarkan Promosi Masakan Perlis berupa Kurma Daging Perlis di Melur By Pak Awie Restaurant yang beroperasi di 175A Edgware Rd, W21ET London, United Kingdom.
OLEH RESTORAN TERSEBUT
Ia dianjurkan oleh restoran tersebut dengan kerjasama YTSP Perlis, Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) dan usahawan Datuk Salahudin Yaakob.
Keberangkatan Baginda yang diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta puteri-puteri dan putera Baginda berdua Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail disambut oleh Pengusaha restoran berkenaan, Ahamd Sabry Kamaruddin @ Pak Awie.
Ahamd Sabry memaklumkan bahawa Kurma Daging Perlis akan disajikan dalam menu khas restoran yang sudah beliau usahakan sejak 9 tahun lalu berkenaan sehingga bulan Februari 2025 yang akan datang nanti sebagai salah satu usaha ikhlas bagi turut sama membantu mempromosikan kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 bersempena keberangkatan Baginda Tuanku Raja Muda Perlis seisi keluarga.
Menu popular di kalangan para pengunjung adalah nasi kandar, sambal kambing goreng, ayam berlada merah dan kari kepala ikan. – JM