MALAYSIA MAKIN MAKMUR, PMX MAKIN DISAYANGI

👆Sambil membuat culaan – Penulis juga menyampaikan sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir di Kelantan.

Oleh Noraini Nordin
(Ulasan Berita)

26 Dis 2024

Penulis memulakan penjelajahan baharu Ihsan Madani sejak Khamis (20 Disember 2024) ke beberapa destinasi iaitu Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka serta Johor Baharu.

Tujuan penulis membuat penjelajahan Ihsan Madani tersebut adalah untuk meninjau sendiri misi-misi bantuan khas terutama kepada mangsa-mangsa banjir, program Kembali Ke Sekolah serta ziarah kasih warga emas serta Orang Kelainan Upaya (OKU).

Perjalanan penulis ke negeri-negeri tersebut melalui pengangkutan udara dan darat terasa amat meriah serta ceria.

Lebih dua juta kenderaan menggunakan lebuh raya pada musim cuti kali yang juga bersempena cuti sekolah dan perayaan Krismis.

LAPANGAN TERBANG SESAK

Lapangan terbang sesak dengan warga tempatan yang memulakan perjalanan untuk bercuti bersama keluarga serta teman-teman.
Ada juga yang mahu bercuti di kampung halaman serta juga menunaikan Ibadat Umrah bersama keluarga.

Aktiviti `cuti-cuti’ rakyat Malaysia ini semakin rancak dengan majlis-majlis pertunangan, kenduri kahwin, doa selamat,pelbagai acara sukan dan sebagainya.

Ketawa , guruan dan sendaan semua berkaitan dengan cuti, makanan dan membeli belah sambil meluah rasa rindu. Lihat sahaja media sosial dipenuhi dengan foto-foto bercuti dan destani pilihan masing-masing.

Pesanan penulis kepada para pengkritik , sudah tiba masanya, mereka perlu menerima hakikat bahawa majoriti rakyat Malaysia semakin gembira dan sedang menikmati kehidupan yang sejahtera di bawah Kerajaan Madani yang diterajui oleh PMX.
Terkini –
Sebalik pelbagai kecaman dan isu yang timbul silih berganti, populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati meningkat sedikit berbanding tahun lalu.

PMX SEMAKIN DISANJUNG, DIHARGAI

Tinjauan terbaru Merdeka Center berhubung kadar penilaian terhadap Anwar didapati meningkat kepada 54 peratus berbanding 50 peratus dalam kajian yang dilakukan serahun yang lalu.

Keputusan tersebut adalah berdasarkan hasil tinjauan yang melibatkan 1,207 responden antara 27 November hingga 10 Disember lalu.

Kaji selidik itu menunjukkan majoriti pengundi Malaysia memberikan Anwar penilaian positif dan berpuas hati dengan prestasi beliau dalam menarik pelaburan, memperbaiki imej negara dan memperkukuh perkhidmatan awam.

“Secara keseluruhan, pengundi berpuas hati dengan prestasi perdana menteri dalam bidang seperti menarik pelaburan, memperbaiki imej negara dan memperkukuh perkhidmatan awam.

“Namun, mereka memberikan pandangan pelbagai terhadap usaha mengukuhkan ekonomi,” kata laporan tersebut.

Merdeka Center juga memaklumkan dalam dapatannya bahawa terdapat penurunan dalam jumlah pengundi yang menganggap negara sedang menuju ke arah yang salah, iaitu daripada 54 peratus pada 2023 kepada 53 peratus tahun ini, dengan sebab utama seperti isu ekonomi (47 peratus), ketidakstabilan politik (tujuh peratus) dan pentadbiran yang lemah (lapan peratus).

Laporan yang sama turut menyatakan pengundi berusia 18 hingga 30 tahun mempunyai pandangan positif terhadap hala tuju negara dengan memberikan penarafan 49 peratus.

Semua ini menunjukkan kerja keras Perdana Menteri menarik pelaburan, melakukan lawatan ke luar negara dan memperkukuh tatakelola dalam pentadbiran kerajaan madani dengan kesungguhan memerangi rasuah sudah mula membuahkan hasilnya.

Rakyat kini dapat melihat dan merasai kesan positif daripada keadaan negara yang semakin bertambah baik itu.

Bersama peredaran masa dan Perdana Menteri sentiasa bekerja keras mentadbir negara, rasa puas hati dan sokongan rakyat juga diyakini akan terus bertambah baik pada tahun-tahun mendatang nanti.

Rumusannya – pengumuman berita-berita gembira daripada PMX pada tahun (2024) termasuk Kenaikan Gaji Penjawat Awam sehingga 15 peratus, Kenaikan Gaji Minimum daripada RM1,500 ke RM1,700, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) semua pelajar termasuk pelajar Tingkatan 6 (yang RM150 seorang) dan Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk kakitangan awam serta RM250 yang akan dibayar pada Febuari 2025.

Selain itu juga, penulis mendapati bahawa setiap kali musim perayaan di bawah Kerajaan Madani tiada rungutan barangan naik dan tiada masalah bekalan terputus.

Perlu disebut juga , bahawa program-program jualan rahmah bergerak menerusi pendekatan ` Kedai Cari Rakyat’ merupakan satu inisiatif yang dapat membantu mengurangkan bebanan rakyat dengan cara lebih bersasar.

Yang paling mendapat manfaat daripada jualan rahmah itu sudah pastinya adalah golongan B40.

Paling mengembirakan rakyat Malaysia ialah tol percuma di semua lebuh raya setiap kali musim perayaan yang pastinya dapat menjimatkan kos mereka untuk pulang ke kampung atau bercuti ke destinasi pilihan.

Sifat perihatin PMX yang sentiasa peka kepada kebajikan rakyat dan tidak ada golongan dipinggirkan adalah faktor utama mengapa populariti beliau melonjak dan semakin disayangi rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan usia.
———
Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN PUSAT

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *