Amaran PM kepada kelompok kecil jadi penghasut perkauman

Oleh: Sholina Osman
31 OGOS 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran andai ada mana-mana kelompok kecil yang membawa hasutan kaum ke arah keganasan dan kebencian, dan permusuhan satu sama lain.

Beliau menegaskan pihaknya tidak akan peduli sama ada disenangi oleh media antarabangsa atau negara luar.

“Tugas kita adalah selamatkan negara Malaysia tercinta ini dan akan gunakan segala kuasa dan kekuatan yang ada kalau tidak cukup kita pinda, semoga negara ini selamat dapat diangkat sebagai negara hebat di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

RAKYAT SALING BERPAUT

Anwar juga mahukan supaya dimanfaatkan kemerdekaan ini, Hari Kebangsaan 2024 sebagai tempat di mana rakyat saling berpaut antara satu sama lain.

Jelas Anwar, percayalah negara ini hebat kerana rakyatnya hebat.

Sehubungan itu katanya, negara ini potensinya lebih hebat kalau rakyat berpakat mengangkat darjat negara ini sebagai negara terhebat di negara ini.

“Keupayaan menarik pelaburan, tingkat pendidikan, kemudahan kesihatan, harus semuanya diperbaiki untuk yang paling kaya kepada yang paling miskin, jangan pinggirkan sesiapa, negara ini punyai keupayaan,” katanya.

Atas sebab itu Anwar menjelaskan semangat perpaduan itu sangat penting dan tidak boleh sama sekali diremehkan.

Beliau memgingatkan anak-anak muda yang akan menentukan arah negara ini, supaya belajarlah dapatkan pencerahan sebenarnya.

MENJADI PERKAKAS MURAHAN

Tambah Anwar, jangan menjadi perkakas murahan atas nama kaum atau agama dipermain dan diperolok-olokkan untuk orang mencari juang dan kuasa atau pengaruh.

Beliau berkata, carilah kebenaran, tegak keadilan selamatkan bangsa dan angkat martabat negara.

“Itulah tugas generasi muda untuk menyelamatkan negara dan bangsa kita,” katanya.

Beliau mengharapkan anak-anak muda akan tahu baik melalui media sosial, pendidikan dan disiplin-disiplin baru tapi jangan lupa landasan kita bahawa perjuangan ini perjuangan yang telah meragut nyawa pengorbanan yang besar. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *