PRK Nenggiri : Wanita KEADILAN antara ribuan yang iringi calon Perpaduan

Oleh :- Noraini Nordin
(Sorotan PRK – N.43 Nenggiri)
3 August 2024

Wanita KEADILAN adalah antara ribuan penyokong yang turut bersama mengiringi calon Perpaduan pagi ini.

Jentera Wanita KEADILAN yang digerakkan atas saranan Ketua Wanita Pusat Fadhlina Sidek hadir dari pelbagai negeri untuk memberi sokongan serta misi memenangkan calon Perpaduan bagi DUN Nenggiri.

Walaupun Wanita KEADILAN terlibat dengan pelbagai program di tempat masing-masing namun demi semangat perpaduan mereka hadir.
Ada yang datang bersama pasukan dengan menyewa bas khas dan ada juga yang hadir dengan kenderaan masing-masing.

Seminggu sebelum penamaan calon kumpulan-kumpulan ‘ task force’ yang berpengalaman dalam bidang masing-masing berkaitan pilihanraya telah berkampung di Nenggiri yang
diketuai oleh Ketua Wanita KEADILAN Negeri Kelantan Nor Azmiza Mamat.

Turut membantu adalah Ketua Wanita Cabang Gua Musang KEADILAN Hashimah Daud.

Gerak kerja membantu menawan pengundi Nenggiri telah disusun kemas untuk memenangkan calon Perpaduan Mohd Azmawi Fikri Haji Abdul Ghani.

KEMPEN BERSEPADU DIAKTIFKAN

Gerak kerja kempen bersepadu diaktifkan mengikuti lokaliti serta secara tertib berorganisasi.

Sementara itu,
Suasana di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undang Negeri (DUN) Nenggiri di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang dibanjiri dengan lautan Perpaduan (Merah (PH) dan Biru ( BN) yang terdiri daripada pemimpin dan jentera Perpaduan.

Penyokong Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) berkumpul di Pejabat Kesedar Gua Musang ke pusat penamaan calon.

Turut menyertai penamaan calon Perpaduan ialah Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Naib Presiden AMANAH, Adly Zahari serta Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan persaingan sengit antara Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, calon mewakili BN dengan calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Rizwadi
Ismail.

Pilihanraya berkenaan diadakan selepas kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas.

Kerusi DUN Nenggiri sebelum ini disandang Mohd Azizi Abu Naim daripada Bersatu tetapi keahliannya dalam parti itu telah digugurkan pada 13 Jun lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 17 Ogos ini, manakala hari mengundi awal yang pada mulanya ditetapkan pada 13 Ogos tidak akan diadakan bagi memberi ruang kepada 14 pengundi memilih secara pos.

Seramai 20,259 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu yang terdiri daripada 20,245 pengundi biasa dan 14 anggota polis.


Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *