Jentera perpaduan siap siaga tawan Sungai Bakap

Oleh Noraini Nordin
(Sorotan PRK Sungai Bakap)
8 Jun 2024

Suhu politik di DUN Sungai Bakap sudah mula panas.
Lebih panas lagi apabila ramai yang tidak sabar-sabar menanti nama-nama calon yang bakal diumumkan bertanding di DUN tersebut.

Tidak terbuai dalam dunia
‘ berteka teki atau berspekulasi’ berkaitan calon –
Jentera daripada parti-parti Kerajaan Perpaduan terus mara memperbulatkan muafakat bergerak secara bersepadu untuk menawan kembali Sungai Bakap.

Malam esok bakal berlangsung pelancaran jentera perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil DUN N20 Sungai Bakap di Bilik Gerakan Utama Perpaduan DUN tersebut.

Pelancaran yang dijadualkan bermula jam 9 malam itu pastinya membangkitkan lagi semangat juang para jentera untuk berkempen berhabisan meraih kemenangan bergaya.

Sejak dua minggu lalu pasukan strategik parti -parti sudah mula berkampung untuk menyusun langkah menawan pengundi Sungai Bakap.

Jentera perpaduan sudah siap siaga menawan Sungai Bakap.

Untuk rekod
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
telah menetapkan 22 Jun ini sebagai tarikh penamaan calon bagi PRK Dun Sungai Bakap, manakala hari pengundian adalah pada 6 Julai 2024.

PRK Dun Sungai Bakap adalah PRK kelapan sejak berakhirnya PRU15.

Tujuh PRK sebelum ini ialah Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram, Dun Pelangai, Dun Jepak, Parlimen Kemaman dan Dun Kuala Kubu Bharu.

Sebab itu, PRK Dun Sungai Bakap ini adalah penting buat calon perpaduan, meskipun kerusi tersebut dimenangi oleh Pas/PN pada PRN pada Ogos 2023 lalu.

Calon KEADILAN sebelum ini ialah Nurhidayah Che Rose, Ketua Wanita KEADILAN Pulau Pinang di mana beliau tewas dengan kekurangan 1,563 undi berbanding calon Pas/PN Allahyarham Nur Zamri Latif yang meninggal dunia baru-baru ini.

GELANGGANG PERTANDINGAN SUDAH DIBUKA

Dengan pelancaran jentera itu bermakna gelanggang pertandingan sudah sedia dibuka lebih awal untuk seluruh jentera parti-parti daripada Kerajaan Perpaduan memulakan gerak kerja masing-masing di Sungai Bakap.

Ayuh ..mari kita bersama turun seramai mungkin ke Sungai Bakap bagi memastikan kerusi DUN tersebut menjadi milik Kerajaan Perpaduan.


Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *