Kenyataan biadab guru: Tindakan displin wajar disegerakan

Atiqah Syairah Shaharuddin – Setiausaha Politik kpd Menteri Pendidikan

Oleh Noraini Nordin
(Ulasan berita)

Seorang guru yang tugsnya mendidik anak bangsa menjadi insan berguna, apa lagi dalam memberi komen secara terbuka, tidak harus sama sekali menunjukkan keperibadian yang bertentangan dengan kerjaya mulianya.

Kepercayaan dan keyakinan murid, bahkan ibu bapa, boleh terhakis terhadap guru jika kontradiksi itu terpamer secara terbuka.

Sebab itu, gesaan oleh Setiausaha Politik Menteri Pendidikan, ‘Atiqah Syairah Shaharuddin dalam isu seorang guru memberi komen jelik berkenaan program Thurath Islami yang diadakan di Selangor, adalah amat tepat sekali dan wajar disegerakan tindakan displin.

Menurut beliau, Unit Integriti KPM wajar mengambil tindakan agresif serta digiatkan dapatan dari mesyuarat lembaga tatatertib yang menekankan Peraturan 44 – Perintah Tahan Kerja serta Peraturan 45 – Perintah Gantung Kerja terhadap guru berkenaan.

Tindakan itu, menurut ‘Atiqah Syairah lagi bagi memastikan tumpuan khusus diberikan oleh golongan pendidik dalam membangun aspek pendidikan di negara ini.

“Kerjaya guru menuntut seseorang untuk memuliakan akhlak, justeru komentar biadab terkait program memperkasa kitab thurath di Selangor sangat menjengkelkan.

“Kerajaan sentiasa komited dalam menjaga kebajikan dan memberikan penghargaan yang wajar kepada penjawat awam.

“Usahlah usaha ini diibaratkan seperti susu dibalas tuba oleh individu-individu yang berkenaan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

RACUN YANG MEMBARAH

Kata ‘Atiqah Syairah lagi, adalah dibimbangi jika perbuatan guru dibiarkan tanpa tindakan, ia akan menjadi racun yang terus membarah dan merosakkan masyarakat dengan berselindung di sebalik pegangan kebebasan bersuara.

Oleh kerajaan seumpama ini bukan yang pertama kali, malah kerap sekali berlaku kebelakangan ini, maka adalah wajar sekali tindakan disiplin yang berpatutan disegerakan.

Kita tidak mahu perkara ini terus berlaku kerana sebagai penjawat awam yang terikat dengan disiplin tertentu serta kepatuhan kepada kerajaan semasa, memberi komen yang jelik dan biadap secara terbuka terhadap kerajaan sendiri, adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Pengajaran yang sesuai, kepada pelaku dan sebagai iktibar kepada yang lain hanyalah tindakan disiplin sebagaimana disarankan ‘Atiqah Syairah itu.


Penulis juga Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *