Oleh Noraini Nordin
7 Mei 2024
Wanita KEADILAN melakar satu lagi kejayaan dalam usaha memperkasakan golongan hawa apabila berjaya menubuhkan Sekolah Wanita atau SWAN.
SWAN yang diilhamkan oleh Ketua Wanita KEADILAN Pusat Fadhlina Sidek ini akan dirasmikan penubuhannya pada malam ini di Hotel Everly, Putrajaya.
SWAN akan dirasmikan oleh Datok Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr Wan Azizah juga adalah
Pengerusi Majlis Penasihat Parti KEADILAN Rakyat
Penubuhan SWAN ini amat bermakna kerana ia diwujudkan sempena ulang tahun ke-25 Parti KEADILAN Rakyat.
Dengan adanya SWAN , akan menjadikan Wanita KEADILAN terus mantap menghadapi cabaran mendatang yang lebih mencabar, terutama setelah KEADILAN kini berjaya menerajui Kerajaan Perpaduan
Secara umumnya SWAN adalah platform untuk pendidikan demokrasi, politik dan sosial dengan tumpuan untuk melatih pemimpin masa depan daripada kalangan aktivis dan ahli Wanita KEADILAN yang berketrampilan serta berbakat.
Negara amat memerlukan pemimpin-pemimpin yang berkemampuan serta berilmu sebagai pewaris kepimpinan masa depan Malaysia Madani.
Tahniah Wanita KEADILAN yang dipimpin oleh Fadhlina Sidek. Semoga terus cemerlang demi Malaysia yang sejahtera.
#WanitaTerpimpinGenerasiTerbilang