Ayuh tularkan mesej perpaduan, jangan menjadi penagih fitnah

Oleh Noraini Nordin 4 April 2024

Adakah ketagihan dalam media sosial di negara ini membuatkan ramai yang suka ‘memburu’ berita-berita fitnah dan kemudian berlumba-lumba menularkan tanpa memperduli bahana yang boleh merosakkan kesejahteraan bermasyarakat?

Adakah ‘penagih-penagih’ fitnah ini mindanya telah kosong, hatinya juga sudah dingin, kering dan hitam ?

Ada juga yang bagai hilang kewarasan sewaktu beraksi di media sosial contohnya bertik tok dengan bahan toksid untuk sajian masyarakatnya sendiri.

Inilah antara persoalan yang kerap berlegar di fikiran saya sewaktu terlihat lintasan berita-berita palsu dan fitnah yang kian bertebaran di media sosial kebelakangan ini.

PMX MANGSA FITNAH

Paling dasyat mangsa-mangsa fitnah bukan sahaja PMX Dato’ Seri Anwar Ibrahim tetapi juga menteri-menteri dalam Kerajaan Madani yang sedang gigih bekerja membina negara serta mensejahterakan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum .

Paling bahaya mereka yang turut terlibat menular atau memanjangkan fitnah-fitnah itu juga terdiri daripada pemimpin, golongan agama, berkedudukan dalam masyarakat serta bijak pandai dan pakar dalam bidang masing-masing.

Adakah juga mereka dilanda sindrom ketagihan untuk memfitnah sehingga menyebabkan minda mereka tertutup .

Mereka menjadi terlalu angkuh dan ego sehingga tidak mahu menyelidiki terlebih dahulu bahan-bahan yang mahu ditularkan .

Apakah golong ini juga mempunyai minda yang kosong dan hati yang kering serta hitam?

Sadisnya lagi, semakin Ramadan 2024 beransur-ansur akan meninggalkan kita, semakin rancak pula fitnah-fitnah yang disebarkan dengan niat untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin yang dikaitkan itu.

Adakah golongan penagih fitnah ini
tidak akan menyemak fakta yang sahih atau tabayyun kerana niat mereka adalah untuk mengelirukan masyarakat dan menjatuhkan pemimpin, seterusnya menanam benih-benih kebencian kepada kerajaan?

Di penghujung Ramadan ini, saya ingin mengulangi pesanan kepada penagih-penagih fitnah – berhentilah menjadi penagih fitnah , janganlah mencemarkan bulan yang mulia dengan api-api fitnah yang boleh membakar masyarakat serta menghanguskan keharmonian negara sendiri.

MUDARAT KEPADA PELBAGAI PIHAK

Kebebasan bersuara dan kebebasan bermedia sosial adalah baik untuk diamalkan, namun janganlah memilih jalan memfitnah untuk menjatuhkan orang lain sehingga mendatangkan mudarat kepada pelbagai pihak.

Bersuara dan bergerak aktif di media sosial adalah lebih baik dimanfaatkan untuk perkara-perkara yang mendatangkan faedah dan saling menambahkan kerukunan dalam hidup bermasyarakat.

Ingatlah bahawa fitnah, sama ada memula atau menularkannya, hanya memporak-peranda serta merosakkan hidup bermasyarakat.

Jika kalian seorang tokoh yang berpengaruh ayuh gunakanlah pengaruh kalian itu untuk mempengaruhi rakyat supaya menjalani hidup dengan rukun serta damai.

Jika kalian seorang agamawan serta bijak pandai gunalah ilmu tersebut untuk membantu mencelikkan masyarat ke arah kehidupan yang diredai Allah s.w.t.

Rumusannya, siapa pun kita usahlah menjadi lalat dan langau yang hanya mahu mencari keburukan demi keburukan.

Mari kita menjadi optik lebah yang mencari kemanisan sepanjang kehidupan.

Selamat ulang tahun KEADILAN yang ke 25 tahun.
Semoga KEADILAN terus teguh zaman-zaman dan melahirkan pemimpin-pemimpin pelapis yang hebat untuk Malaysia Madani yang sejahtera.


Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *