Malaysia menjadi antara negara pemungut cukai terendah di Asia Tenggara dengan nisbah cukai kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada pada 11.8 peratus, tertinggal di belakang Singapura dan Thailand yang kedua-duanya menggunakan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) termasuk Nilai Tambah (VAT).
Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) Prof Emeritus Dr Barjoyal Bardai memberitahu ketika Malaysia menggunakan sistem GST, negara berjaya mengutip sehingga RM40 bilion dan setelah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula, kutipan turun ke paras kurang daripada RM30 bilion memandangkan SST hanya menyumbang kira-kira 15 peratus daripada jumlah kutipan cukai.
Tindakan kerajaan menaikkan kadar SST mulai 1 Mac 2024 kepada 8.0 pratus berbanding 6.0 peratus sekarang akan memberi tambahan RM3 bilion bagi hasil cukai tahun hadapan dimana secara keseluruhan, kerajaan persekutuan mengunjurkan kutipan hasil pada 2024 menokok 1.5 peratus kepada RM307 bilon, didorong oleh kutipan cukai yang lebih tinggi.
Sumber: BERNAMA
#KomunikasiKomuniti
#MalaysiaMADANI
#PilihPerpaduan