PMX hadir Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Wisma MCA

(Petikan Berita/Foto dari FB Anwar Ibrahim)

Hari ini menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Wisma MCA, Jalan Ampang pagi tadi bersama pimpinan Kerajaan Perpaduan. Terima kasih kepada Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan pimpinan atas jemputan.

Saya kemudiannya, turut memenuhi undangan rumah terbuka Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Semoga sambutan pada tahun ini dapat menyemarakkan lagi kasih sayang antara semua kaum di negara kita. Hidupkan nilai kebersamaan dan hidup berdamping kerana itu adalah resam negara yang berukun dan hidup aman damai menghormati antara satu sama lain.

Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *