Wanita KEADILAN tumpu usaha berterusan bantu mangsa banjir

Oleh Noraini Nordin

Sebagai langkah berterusan membantu mangsa banjir di beberapa negeri, Wanita KEADILAN Pusat telah menggerakkan usaha mengumpul barang-barang keperluan untuk disalurkan kepada mereka yang terlibat.

Tumpuan berterusan meringankan bebanan mangsa-mangsa banjir ini dilaksanakan secara aktif khasnya di kawasan musibah tersebut.

Bagi memaksimakan bantuan supaya stok bekalan sentiasa mencukupi
Wanita KEADILAN yang diterajui oleh Fadhlina Sidek telah mengambil iniasitif mengumpul barangan yang diperlukan.

Usaha pengumpulan barangan telah dimulakan semalam – 31 Disember 2023 hingga 5 Januari 2025.

Pusat penempatan barangan tersebut ialah di Kediaman Rasmi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Jalan P10C, Presint 10, Putrajaya.

Meringankan Kesukaran Mangsa

Penyumbang-penyumbang yang ingin memberi sumbangan dan bersama-sama meringankan kesukaran hidup mangsa banjir adalah digalakkan berbuat demikian.

Berikut adalah antara barangan diperlukan:-

Barangan Bayi
1) Lampin Pakai Buang
2) Susu Bayi
3) Botol Susu

Pakaian Wanita
1) Baju
2) Tudung
3) Kain Batik
4) Seluar
5) Pad (tuala wanita)
6) Pakaian Dalam
7) Telekung dan Sejadah

Pakaian Lelaki
1) Kain Pelikat
2) Tshirt
3) Seluar

Barangan Kesihatan

1) Test Kit Covid
2) Sabun mandi & basuh pakaian
3) Berus & ubat gigi

Barangan Tambahan

  • Makanan dalam bungkusan dan sedia untuk dimakan
  • Bakul Makanan kering

Semua barangan yang dikumpul akan disimpan di pusat pengumpulan sebagai langkah serta memberi bantuan jika bila-bila masa berlaku kejadian banjir.

Bagi tujuan tersebut, Team Wanita KEADILAN Pusat turut mempunyai pasukan sukarelawan untuk menghantar barang-barang yang diperlukan kepada mangsa banjir.

Sebarang maklumat mengenai usaha yang digerakkan Wanita KEADILAN Pusat ini boleh diperolehi dengan menghubungi talian berikut:-

012-806 9677 (Farzana)
013-308 4064 (Anuar)

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *