Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk angkat pendidikan negara – Fadhlina

(Petikan FB Fadhlina Sidek)

Sembang santai bersama-sama rakyat Malaysia bersempena dengan acara Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Setahun ini ramai yang melihat KPM dgn pelbagai pandangan. Tidak ada kerajaan yang sempurna tetapi kerajaan sentiasa berkerja keras untuk melakukan perubahan demi kesejahteraan rakyat.

Pelbagai inisiatif yang dilaksanakan di KPM sepanjang setahun ini adalah untuk mengangkat pendidikan negara ke tempat yang lebih tinggi.

Tahun ini komitmen KPM lebih menyentuh reformasi dan kesejahteraan ekosistem pendidikan, iaitu murid, guru dan infrastruktur.

Pendidikan manusiawi diutamakan bagi membentuk anak yang baik, cerdik, kaya insani, empati, dermawan dan prihatin.

Tahun depan kita akan pergi lebih dalam kepada dasar dan kualiti pendidikan kita.

Terima kasih Malaysia atas sokongan anda kepada Kerajaan Malaysia Madani.

Hasrat saya semoga pendidikan negara mekar dan gemilang di mata dunia.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *