PRK Kemaman – Nurul Izzah ‘turun padang’ bantu calon BN

Oleh Noraini Nordin

Kempen untuk membantu calon BN di PRK Kemaman semakin rancak apabila
Puteri Reformasi – Nurul Izzah Anwar ‘turun padang ‘ hari ini.

Nurul Izzah bersama melakukan walkabout di Pasar Tani Chukai dan Pasar Besar Chukai untuk menyantuni pengundi.

Selepas walkabout Nurul Izzah bersantai bersama komuniti di Kedai Kopi Kemaman.

Manakala di sebelah petang pula beliau melakukan walkabout di Teluk Mok Nik.

Bagi PRK Kemaman – BN telah menampilkan calon yang amat besar sumbangannya kepada negara iaitu bekas Jenderal (B)
Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor .

Pecutan akhir kempen dengan
kehadiran Nurul Izzah yang juga
Naib Presiden KEADILAN akan memberi nilai tambah kepada calon BN supaya lebih diyakini untuk dipilih oleh pengundi.

Anak sulong PMX ini yang menyertai jentera Perpaduan menyantuni pengundi-pengundi disambut mesra di parlimen ini.

Sesi walkabout untuk memberi penerangan kepada pengundi berlangsung lancar .

Esok pada 2 Disember 2023 adalah hari penentu bagi calon-calon yang bertanding dalam PRK Kemaman.

Semoga calon BN beroleh kemenangan dan menjadi Ahli Parlimen baharu bagi Kemaman.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *