MP Bukit Gantang umum sokong Anwar

Oleh Noraini Nordin

Pengaruh Bersatu semakin pudar apabila seorang demi seorang Ahli Parlimen parti itu mengumumkan untuk menyokong Kerajaan Perpaduan.

Terbaru , seorang lagi ahli parlimen dari parti itu mengumumkan untuk menyokong Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datok Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen tersebut adalah dari Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

Beliau adalah ahli parlimen Bersatu kelima yang menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

Beliau menyatakan pendiriannya semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Empat lagi ahli Parlimen Bersatu yang sebelum ini telah menyokong kerajaan ialah, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid ( MP Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (MP Gua Musang), Zahari Kechik (MP Jeli) dan Suhaili Abdul Rahman (MP Labuan).

Dengan perkembangan terbaru ini, sokongan demi sokongan yang diterima menjadikan Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar bertambah kukuh dan sukar untuk digugat.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *