Malaysia yakin kuasa diplomasi mekanisme terbaik selesaikan konflik – PMX

(Petikan FB Anwar Ibrahim – Berita/Bahan)

Menyampaikan syarahan umum berjudul “Super Power Rivalry and Rising Tensions in the Asia Pacific” di Universiti California, Berkeley.

Saya singgung kepentingan hubungan strategik antara Malaysia dengan China dan Amerika Syarikat demi kerancakan ekonomi dan kepentingan negara.

Justeru, Malaysia akan terus memperkukuh hubungan meliputi kebhinekaan bidang melibatkan kedua-dua negara tanpa perlu didesak untuk memilih mana-mana blok atau pihak.

Saya juga jelaskan bahawa Malaysia sentiasa berpegang kepada saluran diplomasi sebagai mekanisme terbaik untuk menyelesaikan sebarang konflik.

Ruangan ini turut saya gunakan untuk membawa suara Malaysia yang mengutuk sebarang bentuk keganasan dan tindakan membunuh nyawa tidak bersalah, menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai tebusan.

Begitu juga, kami dengan tegas mengutuk pengeboman ke atas orang awam, rumah dan hospital serta kekejaman yang berbangkit terhadap nyawa yang tidak bersalah, kanak-kanak, dan wanita tanpa henti di Gaza.

Malaysia melihat situasi di Gaza sebagai krisis pembantaian secara ‘indiscriminate’ atas nama “memerangi keganasan” oleh rejim Zionis Israel.

Ia ternyata suatu pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan dan perlu dihentikan serta-merta.

– Anwar Ibrahim –

#MalaysiaMADANi

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *