Oleh Noraini Nordin
Berkongsi pengalaman ketika menghadiri Sidang UNESCO di Paris baru-baru ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberitahu, kualiti pendidikan di negara ini tidak banyak berbeza dengan negara-negara lain.
Katanya, berpeluang melawat beberapa institusi pendidikan di sana menunjukkan apa yang telah kita lakukan tidak terlalu jauh dengan mereka.
“Cuma apa yang perlu ialah memberi beberapa inisiatif baru, penumpuan dan kebitaraan untuk menaikkan lagi taraf pendidikan sedia ada,” ujarnya.
Bercakap sekembalinya ke tanahair selepas menghadiri Sidang UNESCO itu, Fadhlina menambah, beliau juga sempat melihat aspek pendidikan keperluan khas yang mana kita turut mahu mengangkatnya dengan memberi tumpuan berkaitan infrastruktur dan hala tujunya.
“Begitu juga dengan TVET, di mana Malaysia sudah pun ada level yang tersendiri, cuma perlukan sedikit kebitaraan lagi untuk mengangkat kedudukannya.
“Tidak terkecuali berkenaan latihan guru yang penggunaan digitalnya menarik untuk dilihat bagi meningkatkan lagi penguasaan serta kemahiran mereka,” tambah Fadhlina.
Seterusnya Fadhlina juga memaklumkan tentang STEM (Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dan aspek budaya serta tapak warisan yang menjadi perhatian di Sidang UNESCO yang dihadirinya.
“Ia memang menjadi perhatian dan selari dengan matlamat kita mahu ia diselarikan dengan pendidikan,” katanya lagi.
Berkongsi pengalaman ketika menghadiri Sidang UNESCO di Paris baru-baru ini, Fadhlina memberitahu, kualiti pendidikan di negara ini tidak banyak berbeza dengan negara-negara lain.
Katanya, berpeluang melawat beberapa institusi pendidikan di sana menunjukkan apa yang telah kita lakukan tidak terlalu jauh dengan mereka.
“Cuma apa yang perlu ialah memberi beberapa inisiatif baru, penumpuan dan kebitaraan untuk menaikkan lagi taraf pendidikan sedia ada,” ujarnya.
Beliau berkata demikian sekembalinya ke tanahair selepas menghadiri Sidang UNESCO itu.
Fadhlina menambah, beliau juga sempat melihat aspek pendidikan keperluan khas yang mana beliau turut mahu mengangkatnya dengan memberi tumpuan berkaitan infrastruktur dan hala tujunya.
“Begitu juga dengan TVET, di mana Malaysia sudah pun ada level yang tersendiri, cuma perlukan sedikit kebitaraan lagi untuk mengangkat kedudukannya.
“Tidak terkecuali berkenaan latihan guru yang penggunaan digitalnya menarik untuk dilihat bagi meningkatkan lagi penguasaan serta kemahiran mereka,” tambah Fadhlina.
Seterusnya Fadhlina juga memaklumkan tentang STEM (Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dan aspek budaya serta tapak warisan yang menjadi perhatian di Sidang UNESCO yang dihadirinya.
“Ia memang menjadi perhatian dan selari dengan matlamat kita mahu ia diselarikan dengan pendidikan,” jelas beliau lagi.
Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat merangkap Pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat