Lawatan PM Jepun ke Malaysia perkukuhkan hubungan dua negara

(Petikan BERNAMA – Berita/Foto)

Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida tiba untuk memulakan lawatan kerja dua hari ke Malaysia, lawatan sulung beliau ke negara ini sejak menyandang jawatan itu pada Oktober 2021.

Pesawat khas yang membawa Kishida dan delegasi beliau tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7.35 malam.

Menyambut ketibaan Kishida ialah Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin dan Duta Besar Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko.

Lawatan PM Jepun ini akan memperkukuhkan lagi hubungan dua negara.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *