(Petikan FB Suara Keadilan- Berita/Foto)
Serangan udara tentera Israel ke atas umat Islam Palestin di Gaza yang telah mengorbankan lebih 5,000 jiwa tidak seharusnya diteruskan dengan serangan darat besar besaran untuk melaksanakan penghapusan etnik di wilayah tersebut.
Bagi Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN Malaysia, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, rakyat Malaysia dituntut berdoa sebanyak mungkin agar Israel gagal dalam serangan daratnya atau tidak melakukan serangan pembersihan etnik itu sama sekali.
“Kita ramai ramai berdoa, IshaAllah Palestin selamat daripada angkara durjana ini
“Kita doa untuk memastikan Allah tidak izin serangan yang akan dilakukan (dengan bantuan) oleh Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis ini. InshaAllah akan datang pertolongan Allah untuk memastikan Palestin selamat. InshaAllah Palestin selamat dari syaitan (Zionis) ini,” katanya ketika ditemuramah oleh wakil Media Perpaduan di Stadium Axiata, Bukit Jalil malam tadi.
Justeru Abdullah Sani yang juga Pengerusi Tekun Nasional berkata, rakyat Malaysia perlu meletakkan saudara mereka di Palestin di sanubari dan seperti keluarga sendiri yang sering didoakan juga dirasakan derita sekiranya ditimpa musibah.
“Palestin ini letakkan sebagai sebahagian dari keluarga kita. Mereka adalah anak anak kita, kakak, ibu kita, apa yang mereka deritai itu sebenarnya Allah nak beri isyarat sebahagian daripada hidup kita. Maka kita kena pastikan terus menyokong Palestin. Pastikan jangan kita leka. Hanya dengan cara ini doa kita akan diterima Allah,” katanya lagi.
Hadirin yang menghadiri himpunan malam ini sekitar 18,000 hingga 20,000 berdasarkan kerusi stadium yang penuh semuanya.