Belanjawan 2024 – PMX terus prihatin membela wanita tanpa pilih kasih

Oleh Noraini Nordin

Dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, menyaksikan nasib wanita terus dibela termasuk yang bekerja dan suri rumahtangga.

Antara yang menarik dalam belanjawan pertamanya adalah menyediakan dana sebanyak RM50 juta untuk suri rumah di bawah Program e-Kasih.

Sistem e-Kasih merupakan sistem pengkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Dengan adanya dana RM50 juta yang disediakan itu, sudah tentu banyak manfaat bakal diperolehi oleh suri rumah di negara ini.

Kedua, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pengecualian cukai bagi wanita yang kembali bekerja sehingga 31 Disember 2027.
Dalam perbentangan belanjawan semalam, Anwar berkata, melalui langkah itu ia adalah salah satu usaha untuk menggalakkan golongan wanita agar kembali bekerja.

Bersama keputusan tersebut, kerajaan berharap penyertaan wanita dalam tenaga buruh dapat ditingkatkan kepada 60 peratus.

Selain itu, kerajaan juga akan meningkatkan had pengecualian cukai pendapatan ke atas elaun penjagaan anak oleh pekerja atau dibayar terus oleh majikan kepada pusat jagaan kanak-kanak daripada RM2,400 kepada RM3,000.

Dengan langkah ini, lebih ramai suri rumah yang bekerja akan menikmati pengecualian cukai, sekaligus memberi lebih keselesaan menjalani kehidupan berkeluarga.

Ternyata PMX bukan sahaja konsisten membela nasib wanita tetapi juga mengiktirafkan sumbangan wanita yang turut berperanan besar membantu pembangunan negara.


Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat merangkap Pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *