KERAJAAN MADANI, BERSATU DAN AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG METERAI CSA, PERKUKUH KESTABILAN POLITIK

KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2026– Kerajaan MADANI, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan beberapa Ahli Parlimen pembangkang menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (Confidence and Supply Agreement – CSA) hari ini bagi memperkukuh kestabilan politik serta memastikan kelangsungan urusan pentadbiran negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perjanjian itu turut menyediakan ruang bagi membolehkan agenda pembangunan negara, termasuk Belanjawan 2027, dilaksanakan dengan berkesan demi kepentingan rakyat.

Menurut beliau, perbezaan pandangan dalam sebuah negara demokrasi tidak seharusnya menjadi penghalang kepada usaha bersama untuk membina masa depan yang lebih baik.

KEMATANGAN POLiTIk

Anwar menegaskan bahawa kematangan politik menuntut semua pihak mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan politik sempit, bagi memastikan Malaysia terus aman, stabil dan maju serta kesejahteraan rakyat terpelihara.

Beliau berharap persefahaman yang dicapai itu menjadi asas kepada kerjasama konstruktif antara pihak terlibat, selain memperkukuh keyakinan terhadap proses demokrasi negara.

Katanya, kerjasama berkenaan juga diharap dapat membuka ruang untuk memastikan agenda pembangunan negara berjalan lancar dan membawa manfaat kepada seluruh rakyat.

Perjanjian CSA itu mencerminkan usaha membina persefahaman politik bagi menyokong kestabilan pentadbiran serta kesinambungan pelaksanaan dasar dan pembangunan negara.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *