SOJC 2026: Malaysia raih kemenangan kedua, tundukkan Jepun 4-2

JOHOR BAHRU, 20 Oktober – Skuad hoki remaja kebangsaan semakin menghampiri sasaran menamatkan saingan dalam kelompok tiga terbaik Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor (SOJC) 2026 selepas menewaskan Jepun 4-2 di Stadium Hoki Taman Daya, hari ini.

Malaysia bangkit dua kali selepas ketinggalan menerusi jaringan Muhammad Hafiezuddin Mohd Ali pada minit ke-27 dan Aferull Syah Ahmad Azuan Syahrill pada minit ke-51.

Naaveennash Paniker kemudian meletakkan Malaysia di hadapan sebelum Dheeressh Gunaseelan melengkapkan kemenangan menerusi jaringan pada minit ke-56.

Kemenangan kedua berturut-turut itu menyaksikan Malaysia melonjak ke tangga kedua kumpulan, di belakang Pakistan.

Ketua jurulatih, Nor Saiful Zaini Nasiruddin memuji semangat juang pemain yang tidak berputus asa serta terus mengasak Jepun pada dua suku terakhir.

Malaysia bakal berdepan pendahulu kumpulan, Pakistan, esok dalam aksi yang dijangka menjadi ujian getir buat Young Tigers.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *