

19 Oktober 2026
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menyempurnakan Majlis Pengurniaan Pelitup Muka kepada Kerajaan Negeri Johor.
Berangkat sama, YAM Cheβ Puan Mahkota Khaleeda Johor.
Sumbangan sebanyak 500,000 unit pelitup muka disampaikan menerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) khusus buat seluruh murid dan pelajar sekolah di negeri ini.
Turut hadir, Datin Datoβ Mohammed Ridha Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor; YB Dr. Muhammad Naqib Md Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor.
Hadir sama, Dato’ Haji Nasri Md. Ali, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan Zulkurnain Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).
Majlis Pengurniaan Sumbangan berlangsung pada hari ini (19 Oktober) di Dewan Auditorium, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
Kurniaan ini merupakan kesinambungan daripada siri inisiatif kebajikan dan keprihatinan berterusan Seri Paduka Baginda dalam membendung kesan jerebu terhadap komuniti.
Raja Permaisuri Agong telah menyumbangkan hampir 300,000 unit pelitup muka khusus buat petugas barisan hadapan, termasuk Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta agihan kepada setiap daerah di Johor.
