



16 Oktober 2026
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Santapan Beradat sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-93, hari ini (16 Oktober).
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur disambut Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan dan Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
Turut hadir, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, Peguam Negara; Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera; Tan Sri Mohd Khalid Ismail, Ketua Polis Negara dan Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara.
Majlis Santapan Beradat berkenaan turut menyaksikan perarakan masuk panji-panji Yang di-Pertuan Agong ke dalam dewan santapan sebagai sebahagian daripada istiadat sebelum acara bermula.
Hari Angkatan Tentera Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bagi memperingati jasa, pengorbanan dan kedaulatan yang dipertahankan oleh warga ATM.
