KEMENTERIAN KOMUNIKASI

INSENTIF REBAT RAHMAH PANDAPRO KEPADA PENJAWAT AWAM 2026

14 OKTOBER 2026

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil hari ini melancarkan Insentif Rebat RAHMAH pandapro Penjawat Awam 2026 sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bagi bulan Oktober 2026.

Inisiatif hasil kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi dengan foodpanda ini dilaksanakan bagi menyokong pelaksanaan Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) untuk seluruh warga perkhidmatan awam.

Menerusi inisiatif di bawah perkhidmatan Payung RAHMAH ini, foodpanda menawarkan diskaun sebanyak 20% bagi pelan langganan keahlian pandapro selama 12 bulan, khusus untuk penjawat awam yang memiliki alamat e-mel rasmi kerajaan (@xxx.gov.my). Penawaran khas ini bertujuan memberikan kemudahan serta membantu meringankan beban kos sara hidup warga perkhidmatan awam dalam menjalani rutin kerja harian.

Tempoh penebusan insentif ini dibuka menerusi aplikasi foodpanda mulai 14 Oktober hingga 31 Disember 2026. Pelaksanaan inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI bersama-sama rakan strategik sektor swasta dalam menjaga kebajikan serta menghargai sumbangan warga perkhidmatan awam yang menjadi tulang belakang pentadbiran negara.

Maklumat lanjut dan panduan lengkap penebusan boleh dirujuk menerusi dokumen Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal rasmi dan saluran media sosial Kementerian Komunikasi.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah; serta pengurusan tertinggi Kementerian Komunikasi.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *