MAKLUMAT TEPAT, RUJUK SUMBER RASMI

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyeru masyarakat supaya menyemak dan mendapatkan pengesahan daripada saluran rasmi sebelum menyebarkan maklumat berkaitan operasi serta pengurusan imigresen. Maklumat yang tepat dan disahkan penting bagi mengelakkan kekeliruan serta salah faham dalam kalangan masyarakat.

β€œBerbeza agensi, berbeza peranan, tetapi satu matlamat β€” Malaysia yang selamat untuk rakyat.”
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

KDN dan JIM kekal komited memastikan penyampaian maklumat kepada masyarakat dilaksanakan secara jelas, tepat dan bertanggungjawab. Sebelum berkongsi sesuatu maklumat, SEMAK β€’ SAHKAN β€’ SEBELUM SEBAR.

beritaterkini

Sumber: Kenyataan Media Jabatan Imigresen Malaysia, 30 September 2026; Kenyataan YB Menteri Dalam Negeri, 26 September 2026.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *