RM31.8 JUTA SEBULAN: PENGURUSAN TAHANAN PERLU DILAKSANAKAN SECARA LEBIH PRAKTIKAL DAN TERATUR 🇲🇾

Pengurusan tahanan warga asing memerlukan kapasiti, peruntukan dan sumber Kerajaan yang besar. Berdasarkan anggaran semasa, kos pengurusan seorang tahanan di Depot Tahanan Imigresen adalah sekitar RM90 sehari. Bagi 11,804 tahanan warganegara Myanmar, jumlah tersebut dianggarkan mencecah RM1.06 juta sehari atau RM31.8 juta sebulan.

Justeru, Kerajaan mengambil pendekatan menyeluruh yang menggabungkan penguatkuasaan undang-undang, pengurusan tahanan serta kerjasama secara langsung dengan negara asal bagi membolehkan proses dokumentasi, penerimaan dan penghantaran pulang dilaksanakan secara teratur dan berperingkat.

“Bagi isu yang melibatkan dua negara, penguatkuasaan sahaja tidak memadai.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Pendekatan ini memastikan pengurusan migrasi tidak teratur dapat dilaksanakan secara lebih praktikal dan bertanggungjawab, tanpa berkompromi terhadap aspek keselamatan, kedaulatan negara serta kepentingan rakyat Malaysia.

Pada masa yang sama, penempatan semula ke negara ketiga melalui UNHCR kekal sebagai mekanisme yang sangat terhad. UNHCR sendiri menjelaskan bahawa hanya sebahagian kecil pelarian di seluruh dunia berpeluang ditempatkan semula ke negara ketiga.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *