Raja Perlis Terima Mengadap Menteri Komunikasi

ARAU, 26 September – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima mengadap Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil di Balai Mengadap Biru, Istana Arau, hari ini.

Pertemuan membincangkan perkembangan bidang komunikasi, termasuk kepentingan penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan mudah diakses masyarakat.

Perbincangan turut menyentuh kepentingan keterhubungan digital serta usaha memperkukuh ekosistem komunikasi di Perlis bagi menyokong akses kepada maklumat, pendidikan, ekonomi, kesihatan dan pembangunan komuniti.

Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *