
WASHINGTON, 20 September – Persatuan Wartawan White House (WHCA) menggesa pentadbiran Presiden Donald Trump segera memulihkan akses wartawan CNN, POLITICO dan MS NOW ke kompleks White House.
Gesaan itu dibuat selepas akses wartawan daripada tiga organisasi media berkenaan dinafikan pada Sabtu, termasuk penyahaktifan akses media mereka.
WHCA menyifatkan tindakan itu sebagai pelanggaran Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat yang menjamin kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar.
Tindakan tersebut mencetuskan pertikaian baharu mengenai akses media ke White House, selepas Trump sebelum ini mengancam untuk menyekat organisasi media yang didakwanya melaporkan berita palsu mengenai pentadbirannya.
– AFP
