33 PROGRAM, 11 JABATAN DAN AGENSI: KDN TERUS MENYANTUNI KOMUNITI

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyasarkan pelaksanaan 33 program Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI menerusi 11 jabatan dan agensi utama menjelang akhir 2026. Sasaran ini merangkumi 3 tahun pelaksanaan, mencerminkan komitmen berterusan KDN mendekatkan perkhidmatan kerajaan dengan rakyat.

“KDN menyasarkan 33 program Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI menerusi 11 jabatan dan agensi menjelang akhir 2026.”
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Menteri Dalam Negeri.

Pelaksanaan program memberi tumpuan kepada keperluan komuniti melalui penambahbaikan kemudahan asas, sokongan kepada sekolah serta pengisian kemahiran. Kerjasama jabatan dan agensi menjadi penggerak usaha menyampaikan manfaat kepada penduduk setempat.

KDN terus komited memperkukuh hubungan kerajaan dengan masyarakat melalui pendekatan yang menyantuni keperluan rakyat dan mengutamakan kesejahteraan bersama.

Sumber: Sidang Media Menteri Dalam Negeri, Pekan, Pahang, 12 September 2026.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *