

MCMC TELITI LAPORAN ANTHROPIC, TEGAS AKAN AMBIL TINDAKAN SUSULAN
CYBERJAYA, 11 September 2026 — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil maklum serta memandang serius laporan terkini yang diterbitkan oleh Anthropic.
MCMC menegaskan perkara yang dinyatakan dalam laporan berkenaan bukan sebahagian daripada fungsi atau mandatnya, selain tidak terlibat dalam sebarang aktiviti atau urusan seperti yang digambarkan dalam laporan tersebut.
Dalam kenyataan media hari ini, MCMC memaklumkan pihaknya kini sedang meneliti laporan berkenaan dan akan mendapatkan maklumat serta penjelasan lanjut daripada pihak berkaitan bagi memastikan fakta sebenar serta memahami konteks isu yang dibangkitkan.
Menurut MCMC, berdasarkan maklumat dan bukti yang diperoleh, pihaknya akan menentukan tindakan susulan yang bersesuaian mengikut bidang kuasa, termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan.
KESELAMATAN DALAM TALIAN KEKAL KEUTAMAAN
MCMC menegaskan usaha melindungi orang ramai dan menangani kemudaratan dalam talian kekal menjadi antara teras tanggungjawab suruhanjaya itu.
MCMC turut memberi jaminan akan terus memelihara serta memastikan persekitaran dalam talian yang selamat dan dipercayai untuk rakyat Malaysia.
Kenyataan Media MCMC Komunikasi Korporat MCMC 11 September 2026
