11 maut, termasuk 8 kanak-kanak dalam letupan kilang mercun di India

LUCKNOW, 1 September – Sekurang-kurangnya 11 orang, termasuk lapan kanak-kanak berusia antara empat hingga 13 tahun, maut dalam letupan di sebuah kilang mercun di daerah Kaushambi, Uttar Pradesh, India pada Isnin.

Letupan itu turut menyebabkan beberapa rumah berhampiran runtuh dan mencederakan beberapa individu lain.

Polis mengesahkan jumlah kematian, manakala punca kejadian masih dalam siasatan.

Kemalangan industri termasuk insiden membabitkan kilang dan penyimpanan mercun sering berlaku di India, dengan faktor keselamatan dan penguatkuasaan antara isu yang sering dibangkitkan. – AFP

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *