BUSANA PENGACARA SIARAN LANGSUNG RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM) SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2026

30 Ogos 2026

Untuk tahun ini, busana yang digayakan oleh pengacara bagi mengendalikan siaran langsung RTM sempena Hari Kebangsaan 2026 telah dihasilkan oleh Prospek dari Bengkel Batik, Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan.

Penghasilan busana tersebut merupakan hasil daripada Program Latihan Kemahiran TVET Jabatan Penjara Malaysia, yang menjadi platform dalam memperkasa kemahiran serta bakat penghuni melalui latihan kemahiran yang berstruktur dan berterusan.

Inisiatif ini turut membuktikan komitmen Jabatan Penjara Malaysia dalam menyediakan peluang pembangunan kemahiran dan potensi penghuni, khususnya dalam bidang seni dan kraf, selaras dengan usaha pemulihan serta reintegrasi ke dalam masyarakat.

Jangan lupa saksikan siaran langsung RTM sempena Hari Kebangsaan 2026 pada 31 Ogos 2026 (Isnin) dan sama-sama merasai kemeriahan sambutan hari bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *