Dua pekerja Lapangan Terbang Frankfurt maut akibat malaria

FRANKFURT, 27 Ogos – Dua pekerja Lapangan Terbang Frankfurt, Jerman, meninggal dunia akibat malaria yang dipercayai berpunca daripada nyamuk Anopheles dibawa masuk melalui sebuah pesawat dari luar negara.

Enam pekerja dilaporkan dijangkiti, dengan lima masih menerima rawatan di hospital.

Menurut Institut Robert Koch (RKI), kes seumpama itu jarang berlaku di lapangan terbang Jerman. Perangkap nyamuk kini dipasang bagi mengesan punca jangkitan, manakala sampel nyamuk akan menjalani ujian genetik di Belgium.

Malaria disebarkan melalui gigitan nyamuk Anopheles dan boleh menyebabkan demam serta menggigil teruk. Namun, pesakit yang menerima rawatan awal lazimnya boleh pulih sepenuhnya. – AFP

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *